1.
CT-ONE FORZE CAFE telah ditubuhkan pada 11 Julai 2009 iaitu selepas hampir satu tahun kajian dan persiapan bagi menentukan ianya ke arah menepati 'Konsep Ketenteraan'.
   
2.
Majlis gilang gemilang pelancaran CT-ONE FORZE CAFÉ di Nombor 38, Jalan Wangsa Delima 2A, KLSC III, Seksyen 5, Wangsa Maju Kuala Lumpur yang dihadir oleh lebih 500 tetamu pada 11 Julai 2009 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Mej. Jen. Dato' Zulkiflee Bin Mazlan iaitu Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
   
   
 
1.
Idea penubuhan kafe ini merupakan cetusan peribadi Pengarah Urusan Kumpulan CT-ONE iaitu MEJAR (B) HJ ADNAN BIN HASHIM, pesara Kor Rejimen Askar Jurutera DiRaja Tentera Darat Malaysia.
 
2.
Mengikut MEJAR HJ ADNAN, idea ini telah mula tercetus apabila menyedari masih terlalu ramai orang-orang awam tidak faham tentang tanggungjawab dan tugas tentera serta tidak sedar pengorbanan besar tentera dan komuniti tentera terutamanya sewaktu peperangan melawan komunis.
 
3.
Bertitik tolak daripada sinilah maka MEJAR HJ ADNAN mula menyesuaikan perkara ini dengan program pembangunan perniagaan CT-ONE dan akhirnya tertubuhlah CT-ONE FORZE CAFÉ.
 
   
   
1.
Antara tujuan utama penubuhan CT-ONE FORZE CAFÉ adalah:
 
 
a.
Membantu usaha-usaha sedia ada di dalam menghargai, mengiktiraf dan mempelopori kesedaran awam terhadap pengorbanan besar tentera dan komuniti tentera.
 
 
b.
Menyediakan untuk semua pelanggan makanan, minuman, tempat santai, servis dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan mengutamakan konsep ketenteraan.
 
 
c.
Menyediakan pusat kiosk maklumat am tentera untuk pengetahuan dan rujukan awam.
 
 
d.
Memulakan proses penjenamaan jenama 'CT-ONE'.
 
 
e.
Mewujudkan peluang kerja dan peluang sama-sama berjaya kepada komuniti 'Food & Beverage' bumiputera.
 
 
f.
Membentuk rangkaian penyumbang dana kepada operasi Tahfiz CT-ONE yang dijangka dirasmikan pada tahun 2010.
 
 
g.
Mewujudkan rangkaian perniagaan yang akan menjadi tempat belajar dan tempat kerja peserta-peserta Tahfiz CT-ONE yang dijangka diperlukan mulai tahun 2018.
 
2.
Harapan CT-ONE semoga rangkaian CAFE dan lain-lain perniagaan yang berkaitan yang tetap dengan 'Konsep Ketenteraan' akan membantu meningkatkan dan kekal kukuh kesedaran awam tentang tentera, pengorbanan tentera dan pengorbanan komuniti tentera.
   
   
   
1.
Rancangan besar dan sasaran CT-ONE FORZE CAFÉ ke arah menjayakan tujuan yang ditetapkan adalah:
 
 
a.
11 Julai 2009
Lancar 'out-let' pertama dan mula perniagaan.
 
 
b.
11 Jan 2010
Tamat proses peningkatan pertama dan mula perniagaan 'function room' atau pakej.
 
 
c.
11 Julai 2010
Tamat peningkatan kedua dan mula perniagaan katering.
 
 
d.
Sebelum Jan 2012
Buka tiga 'out-let' baru dan mungkin mula lain-lain perniagaan yang berkaitan 'Food & Beverage'.
 
 
e.
Sebelum Jan 2014
Buka tiga lagi 'out-let' baru dan mungkin tambah lain- lain perniagaan yang berkaitan 'Food & Beverage'.